Thursday, September 24, 2009

Beraya

Hari ni, 24hb. Sept. 2009 bersamaan 5 Syawal 1430, saya dan keluarga telah menghadiri majis walimatulurus Fadhlul Adnin Haji Abdul Karim (anak kedua allahyarham Besek Tompok) dan Mohd. Noor Osman. Majlis berlangsung di Kampung Parit Betak, Benut, Pontian Johor.

Majis ini amat teristimewa sekali kerana Baginda Tuanku Sultanah Johor turut mencemar duli berangkat ke majlis tersebut. Semua anggota keluarga amat teruja dan merasa bangga dengan keberangkatan Baginda Tuanku Sultanah Johor tersebut.

Sebagai ahli keluarga, saya juga merasa bertuah dan tumpang gembira dengan suasana tersebut. Dalam kesempatan ini saya merakamkan setinggi penghargaan dan aprisiasi ketingginya kepada semua Pegawai Kerajaan Peringkat Daerah Pontian atas komitmen untuk menjayakan segala persiapan untuk majlis tersebut. Aprisiasi juga ditujukan kepada Encik Ishak Hassan dan Puan Aida Haji Ali yang turut terlibat secara langsung menyumbangkan khidmat bakti menjayakan majlis tersebut. Semoga anda semua dirahmati Ilahi.

Friday, September 18, 2009

selamat hari lebaran

Menjelang hari lebaran ni, teringat kisah masa Allahyarham ibu dan bapa mertua saya masih hidup lagi. Dialah yang paling sibuk menyediakan segala keperluan makan minum untuk hari lebaran dan persiapan lain. 3 hari sebelum raya, semua persiapan untuk membuat burasak, lepat loi, ketufek, rendang ayam pencen dan gulai ikan parang (bangkung) telah siap disediakan.

Bila anak, menantu dan cucu termasuk saya sampai ke kampung untuk beraya, semuanya dah siap sedia. Nampak keceriaan mereka berdua walaupun dalam keadaan kepenatan dan kurang tidur berjaga malam memasak semua makanan tadi. Walaupun dihempit kemiskinan tetap ceria kerana tidak mahu ketinggalan menyambut hari bahagia itu.

Nampak sangat mereka berdua terlalu sayang dan gembira bersama keluarga besar yang berkumpul sekali setahun. Suasana itu sempat dirasai selama 11 tahun (11 kali musim perayaan ). Sekarang, mereka berdua telah tiada lagi. Tiada untuk buat selama-lamanya. Yang ada hanyalah nostalgia tinggalan umah usang yang sudah tidak berpenghuni lagi.

Namun hidup perlu diteruskan, sempena hari mulia ini lazimnya saya tidak pernah lupa untuk menziarahi pusara kedua ibu bapa mertua kesayangan saya. Terlalu banyak pengorbanan mereka berdua terhadap saya sendiri sebagai menantunya. Ya Allah ampunilah dosa kedua ibu bapa mertuaku, tempatkan mereka dalam golongan muslimin dan muslimat yang bertaqwa dan beriman dan kurniakanlah keberkatan, kerahmatan dan kecemerlangan dunia akhirat kepada semua anak, menantu dan cucu-cucunya. Aminnn Ya Rabbalallamin

Tuesday, September 8, 2009

Renungan


"..........ku pinta pada Allah bunga segar tapi diberi kaktus berduri. Ku pinta kupu-kupu tapi diberinya ulat berbulu. Lalu aku berasa sedih, kecewa dan hampa. Namun kemudian kaktus tersebut berbunga amat indah dan cantik sekali. Sementara ulat itu pula menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan ILAHI, indah pada masanya. Allah tidak memberi apa yang kita harapkan tetapi memberi apa yang kita perlukan. Jauh di atas segalanya Allah telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita sebagai hambanya", syukurilah nikmat dan keberkatan yang telah dilimpahkan kepada KITA HAMBANYA.
Sekadar Renunganlah Beb......!

Pembelajaran Sepanjang Hayat

Hari ni, kami anggota cawangan geraksaraf dan pengurusan isu telah belajar mengurus pembinaan blog. Kami menyahut cabaran rakan-rakan. Terima kasih dan penghargaan atas prihatin Sdr. Rahman Halim Pen. Pengawai IT Johor atas kesudian mengajar kami. Pemerhatian saya secara ikhlas, sdr Rahman memang layak menjadi seorang "guru" yang cukup matang dan mahir dalam bidang tersebut. Beliau cukup mantap dan berpotensi untuk terus maju jaya dalam perkhidmatan. Tahniah semua. Semoga usaha kita ini mendapat keberkatan Ilahi dan memberi manfaat untuk agama, bangsa dan negara.

Monday, September 7, 2009

Renungan Pagi

"............kecemerlangan luar biasa yang diperolehi diusahakan oleh insan biasa seperti KITA"