Friday, November 6, 2009

APRISIASI

Tuan/Puan

Ucapan ini saya tujukan khas kepada Pengarah Penerangan Johor, semua Penolong Pengarah, semua Pegawai Penerangan Daerah, seluruh anggota dan kakitangan Jabatan Penerangan Johor, pemimpin dan ahli-ahli Komuniti BESTARI Johor serta semua yang mengenali saya;-

Sepertimana dimaklumi, saya diarah untuk melaksanakan tugas sebagai Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan (memangku jawatan Pegawai Penerangan Gred S48) berkuatkuasa bulan ini. Saya akan mula melaksanakan tugas tersebut pada 10hb. Oktober 2009 (Selasa). Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sokongan dan kerjasama kepada saya selama saya bertugas di Ibu Perjabat Penerangan Johor. Saya amat menghargainya. Sepanjang perkhidmatan saya di Johor, kiranya berlaku khilaf atas kelemahan dan tingkahlaku saya, kemaafan dan keredhaan jua yang dipohon daripada Tuan/Puan. Saya doakan semoga Tuan/Puan akan terus mendapat keberkatan, rahmat, taufik hidayah, rezeki yang melimpah ruah, kesihatan yang baik serta keredaan yang berpanjangan dariNYA.

Sekian, terima kasih.

Friday, October 23, 2009

Mengapai Kecemerlangan dan Keberkatan Ilahi


BISMILAHIRRAHMANIRAHIM
YA- ALLAH YA-RAHMAN YA-RAHIM

Jadikanlah DIRIKU insan terbilang dan terpuji dalam segala aspek dunia dan akhirat serta amat dihormati.

Berikanlah keberkatan, rahmat, taufik, hidayah serta rezeki yang melimpah ruah, kecemerlangan yang berterusan dan keredaan yang berpanjangan untuk diri, isteri, anak-anak serta keluargaku dan sahabat handaiku, guru2, uztaz dan pensyarah serta muslimin muslimat yang membahagiakan hidup kami di dunia dan akhirat.

Tunjukanlah saya jalan benar dan mudah untuk saya menjadi jutawan dan ilmuan yang dermawan, membuat pelaburan dan simpanan 10 juta dan menguasai segala ilmu dunia dan akhirat. Jadikanlah ucapanku, ceramahku, kata bicaraku, nasihatku, penampilanku, jatidiri dan sahsiah diri serta imej kendiriku sentiasa memukau dan mempesonakan orang yang mendengarnya dan amat-amat dihormati dan dihargai.
AMIN YA RABBALALAMIN
RENUNGAN
Apabila kamu mengejar DUNIA, dunia akan lari meninggalkan kamu. Tapi apabila kamu mengejar AKHIRAT, nescaya dunia akan datang tunduk kepada kamu.

RENUNGAN
Gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya.

Tuesday, October 6, 2009

Fadilat Bacaan Surah Yassin

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud, ....Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan, iaitu:

Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut. Jika terpenjara akan dibebaskan. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
Untuk renungan semua……. Siapakah orang yang sibuk ? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s Siapakah orang yang manis senyumannya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman. Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada. Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan. Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya. Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka. Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manfat kepada manusia lain...

Thursday, October 1, 2009

Syukur Pada Ilahi

Gempa bumi mengganas lagi di negara jiran kita Indonesia. Setakat ini lebih 700 orang telah terkorban di Indonesia dan hampir 200 orang di Samoa. Beberapa tempat khususnya bangunan tinggi di negara kita turut merasai gegarannya. Ini merupakan rentetan beberapa kejadian gempa bumi yang melanda beberapa buah negara di dunia ini.
Namun, kita bersyukur kerana negara kita Malaysia "bebas" dari bencana besar gempa bumi ini. Kejadian yang berlaku di Kuala Muda, di Pulau Pinang dan beberapa siri gegaran kecil beberapa tahun dulu hanyalah tempiasan gempa bumi yang berlaku di Indonesia. Kita bersyukur kerana negara kita bebas dari lingkaran gunung berapi yang menjadi punca kejadian gempa bumi. Jika diamati, kedudukan Malaysia seolah-olah di kelilingi saliran lava gunung berapi yang merentasi kepulauan Jawa, Sumatra di sebelah barat Semenanjung Malaysia. Sementara di sebelah timur Sabah dan Sarawak pula saliran tersebut melingkari kawasan Kalimantan, Filipina, Taiwan, Korea Selatan dan Jepun.
Tetapi, yang lebih menakjubkan lagi kawasan perairan negara kita dilingkari dengan saliran minyak hitam yang mempunyai nilai yang cukup tinggi yang menjadi khazanah kekayaan negara yang memberi kemakmuran kepada rakyatnya secara berterusan. Semestinya kita mensyukuri nikmat Ilahi ini. Semoga negara dan kita semua diberikan kerahmatan, taufik hidayah, rezeki yang melimpahruah dan keredaan yang berpanjangan. Amin Ya Rabbal Allamin

Thursday, September 24, 2009

Beraya

Hari ni, 24hb. Sept. 2009 bersamaan 5 Syawal 1430, saya dan keluarga telah menghadiri majis walimatulurus Fadhlul Adnin Haji Abdul Karim (anak kedua allahyarham Besek Tompok) dan Mohd. Noor Osman. Majlis berlangsung di Kampung Parit Betak, Benut, Pontian Johor.

Majis ini amat teristimewa sekali kerana Baginda Tuanku Sultanah Johor turut mencemar duli berangkat ke majlis tersebut. Semua anggota keluarga amat teruja dan merasa bangga dengan keberangkatan Baginda Tuanku Sultanah Johor tersebut.

Sebagai ahli keluarga, saya juga merasa bertuah dan tumpang gembira dengan suasana tersebut. Dalam kesempatan ini saya merakamkan setinggi penghargaan dan aprisiasi ketingginya kepada semua Pegawai Kerajaan Peringkat Daerah Pontian atas komitmen untuk menjayakan segala persiapan untuk majlis tersebut. Aprisiasi juga ditujukan kepada Encik Ishak Hassan dan Puan Aida Haji Ali yang turut terlibat secara langsung menyumbangkan khidmat bakti menjayakan majlis tersebut. Semoga anda semua dirahmati Ilahi.

Friday, September 18, 2009

selamat hari lebaran

Menjelang hari lebaran ni, teringat kisah masa Allahyarham ibu dan bapa mertua saya masih hidup lagi. Dialah yang paling sibuk menyediakan segala keperluan makan minum untuk hari lebaran dan persiapan lain. 3 hari sebelum raya, semua persiapan untuk membuat burasak, lepat loi, ketufek, rendang ayam pencen dan gulai ikan parang (bangkung) telah siap disediakan.

Bila anak, menantu dan cucu termasuk saya sampai ke kampung untuk beraya, semuanya dah siap sedia. Nampak keceriaan mereka berdua walaupun dalam keadaan kepenatan dan kurang tidur berjaga malam memasak semua makanan tadi. Walaupun dihempit kemiskinan tetap ceria kerana tidak mahu ketinggalan menyambut hari bahagia itu.

Nampak sangat mereka berdua terlalu sayang dan gembira bersama keluarga besar yang berkumpul sekali setahun. Suasana itu sempat dirasai selama 11 tahun (11 kali musim perayaan ). Sekarang, mereka berdua telah tiada lagi. Tiada untuk buat selama-lamanya. Yang ada hanyalah nostalgia tinggalan umah usang yang sudah tidak berpenghuni lagi.

Namun hidup perlu diteruskan, sempena hari mulia ini lazimnya saya tidak pernah lupa untuk menziarahi pusara kedua ibu bapa mertua kesayangan saya. Terlalu banyak pengorbanan mereka berdua terhadap saya sendiri sebagai menantunya. Ya Allah ampunilah dosa kedua ibu bapa mertuaku, tempatkan mereka dalam golongan muslimin dan muslimat yang bertaqwa dan beriman dan kurniakanlah keberkatan, kerahmatan dan kecemerlangan dunia akhirat kepada semua anak, menantu dan cucu-cucunya. Aminnn Ya Rabbalallamin

Tuesday, September 8, 2009

Renungan


"..........ku pinta pada Allah bunga segar tapi diberi kaktus berduri. Ku pinta kupu-kupu tapi diberinya ulat berbulu. Lalu aku berasa sedih, kecewa dan hampa. Namun kemudian kaktus tersebut berbunga amat indah dan cantik sekali. Sementara ulat itu pula menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan ILAHI, indah pada masanya. Allah tidak memberi apa yang kita harapkan tetapi memberi apa yang kita perlukan. Jauh di atas segalanya Allah telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita sebagai hambanya", syukurilah nikmat dan keberkatan yang telah dilimpahkan kepada KITA HAMBANYA.
Sekadar Renunganlah Beb......!