Thursday, September 24, 2009

Beraya

Hari ni, 24hb. Sept. 2009 bersamaan 5 Syawal 1430, saya dan keluarga telah menghadiri majis walimatulurus Fadhlul Adnin Haji Abdul Karim (anak kedua allahyarham Besek Tompok) dan Mohd. Noor Osman. Majlis berlangsung di Kampung Parit Betak, Benut, Pontian Johor.

Majis ini amat teristimewa sekali kerana Baginda Tuanku Sultanah Johor turut mencemar duli berangkat ke majlis tersebut. Semua anggota keluarga amat teruja dan merasa bangga dengan keberangkatan Baginda Tuanku Sultanah Johor tersebut.

Sebagai ahli keluarga, saya juga merasa bertuah dan tumpang gembira dengan suasana tersebut. Dalam kesempatan ini saya merakamkan setinggi penghargaan dan aprisiasi ketingginya kepada semua Pegawai Kerajaan Peringkat Daerah Pontian atas komitmen untuk menjayakan segala persiapan untuk majlis tersebut. Aprisiasi juga ditujukan kepada Encik Ishak Hassan dan Puan Aida Haji Ali yang turut terlibat secara langsung menyumbangkan khidmat bakti menjayakan majlis tersebut. Semoga anda semua dirahmati Ilahi.

2 comments:

ISHAK HASSAN said...

~ Salam Aidilfitri ~

Tahniah buat tuan dan seluruh ahli keluarga Tuan Haji Mohd. Noor di Kampung Parit Betak, Benut, Pontian.

Pastinya keberangkatan tetamu DiRaja mencatat pelbagai kenangan indah

ISHAK HASSAN said...

~ Maaf Tuan ~

Sekadar berkongsi untuk penambahbaikan, 24 September 2009 bersamaan 5 Syawal 1430.