Friday, September 18, 2009

selamat hari lebaran

Menjelang hari lebaran ni, teringat kisah masa Allahyarham ibu dan bapa mertua saya masih hidup lagi. Dialah yang paling sibuk menyediakan segala keperluan makan minum untuk hari lebaran dan persiapan lain. 3 hari sebelum raya, semua persiapan untuk membuat burasak, lepat loi, ketufek, rendang ayam pencen dan gulai ikan parang (bangkung) telah siap disediakan.

Bila anak, menantu dan cucu termasuk saya sampai ke kampung untuk beraya, semuanya dah siap sedia. Nampak keceriaan mereka berdua walaupun dalam keadaan kepenatan dan kurang tidur berjaga malam memasak semua makanan tadi. Walaupun dihempit kemiskinan tetap ceria kerana tidak mahu ketinggalan menyambut hari bahagia itu.

Nampak sangat mereka berdua terlalu sayang dan gembira bersama keluarga besar yang berkumpul sekali setahun. Suasana itu sempat dirasai selama 11 tahun (11 kali musim perayaan ). Sekarang, mereka berdua telah tiada lagi. Tiada untuk buat selama-lamanya. Yang ada hanyalah nostalgia tinggalan umah usang yang sudah tidak berpenghuni lagi.

Namun hidup perlu diteruskan, sempena hari mulia ini lazimnya saya tidak pernah lupa untuk menziarahi pusara kedua ibu bapa mertua kesayangan saya. Terlalu banyak pengorbanan mereka berdua terhadap saya sendiri sebagai menantunya. Ya Allah ampunilah dosa kedua ibu bapa mertuaku, tempatkan mereka dalam golongan muslimin dan muslimat yang bertaqwa dan beriman dan kurniakanlah keberkatan, kerahmatan dan kecemerlangan dunia akhirat kepada semua anak, menantu dan cucu-cucunya. Aminnn Ya Rabbalallamin

1 comment:

ISHAK HASSAN said...

~ Sahabatku Jutawanwajok ~

Seronok dan syahdu membaca catatan tuan, teringat saya kepada insan yang saya hormati kagi dikasihi Tuan Haji Parham, bapak mertua saya.

Kami sekeluarga juga amat merasakan ketiadaannya di pagi Syawal ini buat pertama kalinya.

AlFatihah buat insan-insan tersayang telah mendahului kita