Thursday, October 1, 2009

Syukur Pada Ilahi

Gempa bumi mengganas lagi di negara jiran kita Indonesia. Setakat ini lebih 700 orang telah terkorban di Indonesia dan hampir 200 orang di Samoa. Beberapa tempat khususnya bangunan tinggi di negara kita turut merasai gegarannya. Ini merupakan rentetan beberapa kejadian gempa bumi yang melanda beberapa buah negara di dunia ini.
Namun, kita bersyukur kerana negara kita Malaysia "bebas" dari bencana besar gempa bumi ini. Kejadian yang berlaku di Kuala Muda, di Pulau Pinang dan beberapa siri gegaran kecil beberapa tahun dulu hanyalah tempiasan gempa bumi yang berlaku di Indonesia. Kita bersyukur kerana negara kita bebas dari lingkaran gunung berapi yang menjadi punca kejadian gempa bumi. Jika diamati, kedudukan Malaysia seolah-olah di kelilingi saliran lava gunung berapi yang merentasi kepulauan Jawa, Sumatra di sebelah barat Semenanjung Malaysia. Sementara di sebelah timur Sabah dan Sarawak pula saliran tersebut melingkari kawasan Kalimantan, Filipina, Taiwan, Korea Selatan dan Jepun.
Tetapi, yang lebih menakjubkan lagi kawasan perairan negara kita dilingkari dengan saliran minyak hitam yang mempunyai nilai yang cukup tinggi yang menjadi khazanah kekayaan negara yang memberi kemakmuran kepada rakyatnya secara berterusan. Semestinya kita mensyukuri nikmat Ilahi ini. Semoga negara dan kita semua diberikan kerahmatan, taufik hidayah, rezeki yang melimpahruah dan keredaan yang berpanjangan. Amin Ya Rabbal Allamin

1 comment:

ISHAK HASSAN said...

~ Salam Aidilfitri Saudara Jutawanwajok ~

Sesungguhnya kita semua amat wajar merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahuataala atas pelbagai nikmat yang dikurniakan kepada kita di bumi tanah air bertuah ini.

ALHAMDULILLAH!